Pages

Saturday, September 1, 2012

Laksa ka laksam?

Assalamualaikum
Dah lama aku tak buka blog nih. Bukan sebab tak ada masa tapi aku nih yang malas. Alhamdulillah, raya tahun nih semua family aku dapat berkumpul ramai-ramai. Rasa meriah dan seronok plus2 happy. Entah bila pulak nak berkumpul macam tuh.
Okay back to the topic that I am going to discuss today..eceh.. #p intebiu, bi fail gak.. Aku nak cerita pasal laksa. Kenapa dengan laksa? sebab aku suka makan laksa.haha. Aku nak bagi resepi laksa penang dan laksam yang aku buat hari tuh.. aku tau memang tak ada orang baca pun blog aku nih. Blogwalking pun aku x pernah. Aku tulis saja-saja resepi nih nanti bila tua-tua aku nak buat balik laksa ka makanan apa ka aku bolehla bukak balik blog nih tinjau-tinjau resepi lama-lama. nanti insyaAllah aku akan rajin menghupdate pasal resepi-resepi makanan lain kalau aku diberikan umur yang panjang..

Laksa Penang
1/2 kg laksa

 Bahan-bahan kuah
1/2 kg ikan kembung
5 keping asam gelugor
3 batang bunga kantan
beberapa helai daun kesum
3 labu bawang besar
6 helai lada kering (nak lagi pedas taruk banyak2)
separuh belacan (aku taruk 1 ketul belacan terus so kaler dia dh x cantik sangat)

bahan hiasan
daun kesum
daun pudina
nenas dipotong kecik-kecik
cili merah dihiris
bawang besar dihiris
telur ayam rebus
limau kasturi/nipis


Cara-cara

Rebus laksa di dalam pengukus sehingga laksa betul-betul masak. Then dalam masa sama jom kita buah kuahnya. :-)
Rebus ikan kembung dengan secukup air agak-agak biar ikan tuh tenggelam sikit dalam periuk tuh.. then masukkan asam gelugor. Masuk garam dan perasa secukup rasa. masukkan juga gula batu. Apabila dah mendidih, tutup api then pisahkan isi ikan dengan tulang ikan. tulang ikan tuh jangan buang lagi. Bahagikan isi ikan tadi kepada dua bahagian. Sebab separuh aku guna untuk buat kuah laksam..hehe. Tapi kalau nak lagi sedap letak banyak-banyak ikan pun takpa bagi yang bekemampuan.

Blend kan bawang besar, air rebusan ikan tadi, isi ikan dan lada kering bersama-sama. Jika rasa kuah tak cukup untuk korang, bolehlah blender tulang ikan tadi dengan air. then tapis pastu tuang dalam periuk bersama-sama dengan barang 1st yang diblend. Masak atas api. Masukkan garam, perasa dan gula batu secukup rasa. Klu tak ada gula batu, bubuh gula pun takpa. Masak nih x susah. Asalkan kreatif..ehe..

Untuk hidang bagi menaikkan selera, semua barang-barang hiasan tuh ditabur atas laksa kita yang dah siap tuh.. Aku suka makan pedas-pedas. So aku p buat sambal jantan. Senang ja tapi rasa dia memang tip top. Ambik lada burung secukup rasa. Banyakkan yang kaler merah dari hijau baru cantik. Tumbuk dalam lesung batu yang tak basah, kalau tak pedihlah mata kita nih..heehueee... Then masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Siap! Pergh, bila makan memang pedas sangat.

Okay, aku nak proceed dengan resepi laksam. Laksam nih lagi mudah. Rebus laksam sampai masak. Macam rebus laksa gak la. Then bahan-bahan kuah dia

Laksam
bahan-bahan kuah
sebelah biji nyior (bagi dapat santan ikut suka kepekatan)
ikan kembung tadi
3 biji bawang besar
halia (potong ikut suka ati aku ja)

Bahan hiasan
daun kesum
bunga kantan
belacan
Limau kasturi/nipis

Cara-cara
Blender santan beserta ikan, bawang besar dan halia. kalau nak lagi sedap, tambah belacan sikit. Aku tak letak terus sebab ada family aku yang jenis badan gatal-gatal. Then bahan yang diblend tadi dimasak atas api . Tambah garam, perasa dan gula secukup rasa. tips# Masa mengacau santan diatas api, jangan malas-malas meninggalkan santan itu bersendirian masak tanpa continuously stir it. Kalau tak, santan kita akan berbuih-buih.. tengok pun xlalu.. mak mertua pun tau nanti menantu dia masak tengok buku resepi ja nih.haha..

Ha, bahan-bahan hiasan tuh tabur ja atas laksam korang sekali ngn sambal jantan..
k bubye~
     ~~Tatapan mata bagi terliur..heeee~~

Kan dah kata kaler dia x cantik sangat sebab pi letak satu ketul belacan terus.. Kalau nak merah sikit kena kurang belacan. Tapi kalau awak semua macam saya suka letak belacan banyak-banyak, terpulang la tapi kena kurangkan garam sedikit sebab belacan nih dah ada rasa masin-masin sikit. tak percaya, try p ratah. .:P


                                         pilih-pilih mana satu
                                         Nih gambar masa raya 2012 
                               Sobs..Mesti ada missing sorang..so kena letak dua gambar lah..:(

Friday, October 28, 2011

~ cuti~

selamat hari deepavali..vanaccam..
cuti deepavali nih aku dapat balik seminggu kat umah.. hoyeayh, first time dapt beli tiket pergi dan balik terus. bangga pulak bila mak tanya tiket nak balik usm dah beli belom? sudoh ma..sambil betulkan spek mata hitam..
cuti nih kira agak spesel la sebab aku dapat try resepi masakan kegemaran aku iaitu TOMYAM.. alu try cari resepi pes tomyam kat internet hari tu, pastu jumpa la beberapa resepi untuk pes tomyam. selalunya aku buat tomyam pakai perencah adabi ja. yalah kan, mana reti masak pun. sekarang nih pun baru duk merangkak-rangkak ja lagi.. tapi siyes seronok memasak nih. lebih-lebih lagi kalau orang puji sodap.hahaha..
ha, yg resepi pes tomyam tuh nak bagi link kt sini pun tak boleh sebab pakai lappy abang aku. entah dari ceruk mana aku cari haritu. aku pun dah lupa. tapi siyes tomyam yang aku buat guna pes tomyam tuh memang sebijik rasa macam tomyam yang pakai perencah adabi.. tapi aku frust gak la, actually aku nak wat tomyam yang macam kat simpang 9, shasha tuh.. (dak usm kejuruteraan taw ler ktna).. rasa tomyam dia memang kaw2 habislah.. pedas giler dengan sangatla merah membara kaler dia.. fuh, kalau makan dengan telur dadar, kecur air liur beb..resepi pes tomyam yang aku cari tuh suma dah versi2 thai punya. siap guna lada kering kisar thai yang pedas tu lagi. tapi bila da siap masak and sesenduk pes tomyam (dia tulis 2 sudu jer) dimasukkan dalam tomyam ayam aku, kaler dia xdelah merah sangat tapi rasa dia pedas la... lain kali mungkin kena letak 2 senduk kot baru merah tomyam tuh noo... tapi okla for my first trial.. my mom said, it was awesome.. siap kata nanti buat banyak2, kita packing dalam botol jual.hahaha..angan2 suma lebeyh.. memang  xbleh blah..
then, cuti nih spesel gak sebab abang aku dengan family dia balik umah.. tapi sadis gakla cuti raya haji nanti dia x balik dah. sempena aku guna lappy dia, aku berbesar hati letak gambar mereka sekeluarga:
bagus jugaklah depa nih balik, aku dapat la gak duit raya deepavali dari depa nih.hahaha...
last but not least, nak ucapkan terima kasih kat Ahmad Fikri sebab sudi edit blog saya nih yang dah lama bersawang. okeyh, babai....

Saturday, February 19, 2011

Kisah part 1

       Hari ini langit mendung  saat aku melangkah pulang dari sekolah rendah aku yang terletak sangat jauh dari rumahku. Aku melalui kawasan yang jalannya dikelilingi oleh semak samun. Namun hati ini tiada perasaan takut dan gelisah lansung kerana aku sudah biasa dengan jalan tersebut. Apabila aku sampai di kedai Pak Mat yang terletak berhampiran rumah sewa yang didiami, aku sempat membeli gula-gula 10sen. Setiap hari ibu membekalkan aku sebanyak 50sen. Selalunya aku akan membeli nasi lemak yang berharga 30sen dan hanya minum air masak yang hanya dibekalkan oleh ibuku. Selebihnya aku simpan duitku di dalam tabung buluh yang ditebuk lubangnya oleh ibuku. Kata ibu, menabunglah daripada sekarang untuk kegunaan masa hadapanku. Demi tidak menghampakan ibuku, aku mula menyimpan 10sen sehari demi sehari.

     Setibanya dirumah usangku, aku bergegas-gegas membuka kasut sekolah apabila terbau lauk kegemaranku. pucuk paku masak lemak cili api. "Assalamualaikum ibu..sedap bau..Qis tengah lapar sangat nih bu..leh Qis makan sekarang?",aku berkata kepada ibuku. "Baju sekolah pun kamu tak bukak lagi. Nanti ayah kamu pulang mesti dia akan mengamuk bila tengok kamu tak salin baju lagi", marah ibu padaku. Kerana takutkan ayah aku yang bakal pulang kerja, aku segera kembali ke bilikku untuk menyalin pakaian.
   
    Pang!!! Kedengaran bunyi tamparan yang kuat diluar rumah. Aku membuka pintu bilikku secara perlahan-lahan. Kelihatan ayah sedang menengking ibu. Ibu pula sedang menangis sambil menggosok-gosok pipinya yang kemerah-merahan. Aku hanya mampu mengalirkan air mata saat ibu diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah. Setelah itu ayah memasuki bilik tidurnya sambil menghempas pintu sekuat hatinya. Hatiku sedang berdebar-debar ketakutan. Ayah memanggil namaku untuk turun makan bersama-sama. Ibu sudah siap menghidangkan makanan di atas tikar mengkuang yang sudah koyak rabak. Ayah aku sudah tersedia rotan panjang disudut tepinya. Aku makan sambil teresak-esak. Aku tidak mampu menahan tangisku. "Hoi! kenapa kau menangis? kau nak kena terajang jugak ka?", tengking ayahku terhadap aku. aku segera menutup mulutku agar tidak kedengaran sedu sedan di pendengaran ayah. Seleraku yang memuncak ketika tadi sudah hilang kemana. Di dalam hati aku sentiasa berharap agar ayah tidak pulang lansung ke rumah.
       Usai sahaja membantu ibu mengemas pinggan mangkuk selepas makan, aku bersiap-siap ke tempat mengaji. Ayah pula sudah memecut motosikalnya ke arah tempat yang tidak ku ketahui. aku sudah bersedia membimbit beg plastik yang berisi muqaddam. Ainna sudah menunggu aku di depan rumahnya yang terletak tidak jauh dari aku sedang melambai-lambai tangannya kepada aku sambil tersenyum, Aku berlari-lari anak mendapatkannya. "Kau nih asyik lambat ja kejanya. nanti tutupla kedai Singh tuh. Pas balik mengaji aku nak beli ais krim itik", kata Ainna kepada aku sambil menjuihkan bibirnya tanda merajuk. "maaflah Ain.. aku makan sambal tempoyak mak aku buat tadi. sakit perut, aku pegi berak kejap", balas aku menampakkan gigi arnabku yang sudah rongak dan kehitaman. "kau makan ka kau ratah nih?", balas Ainna lagi. "Hahahaaha.." kemudian kami ketawa bersama-sama. Memang itulah rutin harian kami.

     Malam itu hujan lebat dengan kedengaran bunyi kilat sabung menyabung. Aku hanya mampu berdoa seperti yang diajar guru sekolahku ketika mendengar bunyi kilat. Aku mencari ibuku di dalam biliknya, Ku selak pintu kamar bilik ibuku. Kelihatan ibu sedang membaca al-Quran bersuluhkan lampu pelita. Aku segera menuju ke arah ibu apabila melihat ibu tersenyum ke arahku sambil melambai-lambai tangannya. Kemudian aku menyimpuh di sisi ibu. "Qis, klu Qis dah besar Qis kena jadi orang yang berjaya. Orang yang mampu membanggakan ibu taw. Ibu taknak Qis hidup susah macam ibu lagi. Apabila Qis dah besar nanti baru Qis paham. Ibu harap Qis ingat pesanan ibu nih sampai bila-bila", kata ibu kepada aku yang terkebil-kebil mendengar pesanan ibu. Malam itu aku tidur disamping ibu. Ayah ku pula sudah seminggu tidak pulang ke rumah kami. Namun aku tidak kisah.Aku juga tidak berapa mengingati wajah ayah kerana ayah hanya pulang sekali sekala sahaja. Ayah juga tidak pernah menghantar aku ke sekolah kecuali pada hari pertama aku mendaftar memasuki darjah satu, walaupun ayah sering berulang-alik ke tempat kerjanya dengan bermotosikal dan melalui jalan yang sama dengan laluan ke sekolahku. Kadang-kadang aku menumpang kereta saga merah ayah Ainna jika hari hujan. Selalunya aku sering lambat sampai ke sekolah kerana sekolahku terletak sangat jauh dari rumahku. Pengawas yang bertugas juga sudah mengenali aku kerana sering melakukan kesalahan yang sama.

    Usai menyiapkan kerja rumah yang diberikan cikgu matematik di dalam kelas petang tadi aku segera memasuki bilik tidurku yang beralaskan tikar mengkuang, selimut guni dan bantal sahaja. Walau ayah bekerja sebagai kerani tetapi masih tidak mampu menyediakan kemudahan asas kepada kami kerana dia banyak menghabiskan wangnya dengan berjudi. Selepas mengelamun beberapa minit aku tidak sedar bila masa aku terlena dibuai mimpi.

   "Qis, bangun sayang..", ibu mengejutkan aku dari tidurku. "Cepat bangun tolong ibu kemas semua barang kita..", arah ibu yang kelihatan tergesa-gesa. "kenapa nak kemas barang ibu? Kita nak pegi mana? Esok Balqis sekolahla ibu..",ungkap aku dalam keadaan mamai sambil menggosok-gosok mataku yang masih mengantuk. "Takyah tanya lagi..kamu tolong ibu kemas barang-barang nih ja.", balas ibu lagi. "baik...",dengan lemah aku menjawab.

   Di tengah keheningan itu, kelihatan sebuah trak polis sedang menunggu kami diluar rumah. Usai mengemas barang di dalam kotak-kotak yang di ambil dari kedai Pak Mat, aku dan ibu serta dibantu oleh beberapa orang yang berada di dalam trak itu mengangkat barang ke dalam trak. Kemudian kami bertolak meninggalkan rumah sewa usang itu menuju ke tempat yang aku tidak ke mana arah tujunya.
to be continued....

Friday, September 24, 2010

assalamualaikum~~~

hello world! salam perkenalan kepada kawan2 semua.. ini pertama kali aku menulis belog. cara penulisan pun carca marba lg bak kata orang utara..hehehe.. semoga anda dapat menegur salah dan silap..

aku mula berminat dengan belog ini bila selalu duk bace belog member-member. syiok juga bila dapat meluahkan perasaan dekat sini.. biarlah orang nak kata apa, janji kita happy. x gitu yer kawan-kawan?

ha..sesi perkenalan diri x mula2 lagi.. apalah aku nih..kecian kat korang duk tunggu nak taw nama aku apa..haish..boleh x kau x merapu baz?

nama diberi  nur bazilah..umur 21 tahun..bujangla xkan kahwin kot.. masih menuntut di Universiti Sains Malaysia..ha, pada kwn2 yang baru ushar2 nak pilih U mana, pilihlah USM..makanan kat sini pun sodap2..hehehe  <tet..sempat lagi promote USM terchenta nih..ngeee>

ha, kawan-kawan..mesti x cukup kan setakat tahu nama aku dengan umur ja.. so, aku dah pilihlah gambar yang aku syok sendiri rasa bez nak upload kat sini.. even gambar tu korang nampak poyo and cover cun ka apa, diam ajer..hehehehe

 pic nih yang paling baz suka sebab background dia sesangat cantekk..credit to photograher..misz moOn..hehehe.. gambar ini x di edit taw..ngeh3~~



 nengok gambO orang dewasa yang dah hilang ke "CUTE" an nyer x besh.. so, aku pon uploadla gak gmbO my anak sedare..untuk tontonan anda semua...erk, ok..da stat skema balik......zzzz

mesti x cukup kan kalau juz nengOk 1 pic baby jer..ok fine!! baz upload 1 pic len lg..view2 kat bawah jer..hehhehe

heee...cOmei x anak sedara baz?? ini masa dia tengah tembam.. tula, sapa suwuh minum susu banyak2.. tapi sekarang dah slim sikit budak afiq nih..ha, baby boy taw bukan gurl...cayunk kamoo..muahx...